Teks Lampu Neon


Sekarang pula saya akan kongsikan Tutorial Teks Juga tapi menggunakan effect Lampu Neon.

Berikut Tutorial / Langkah - langkahnya:

1.  Mula – mula buka program Photoshop.

2. Setelah itu tekan CTRL+N dan akan keluar tetingkap yang bernama “New” seterusnya aturkan width: 400 pixels dan Height 400 pixels seterusnya tekan ok.

Setelah itu tekan F dan pilih warna hitam dan warnakan background anda dengan warna hitam. Bagi yang tak tau macam mana nak letakkan warna tersebut. Caranya setelah anda pilih warna hitam untuk background anda seterusnya anda hendaklah alihkan tetikus anda pada canvas yang berwarna putih tersebut dan klik pada canvas tersebut maka bertukarlah warna background anda. Rujuk gambar di bawah.



Pastikan warna tersebut sama seperti warna pada gambar di atas.

3. setelah itu tekan “T” dan buatlah ayat yang anda suka, disini saya akan menggunakan ayat “LOVING 2015”



saya menggunakan teks “batman” berukuran 50pt, Bold dan warna putih.

4. Tekan CRTL + J untuk copy teks tersebut

5. Masih lagi pada teks layer yang dicopy tadi, seterusnya pilih layer pada menu utama  Layer -  Layer Style - Gradien Overlay. Aturkan seperti gambar di bawah ini.



untuk warna gradient saya gunakan warna seperti  Merah, Kuning, Hijau, Biru dan Ungu.



6. Lepas itu, anda perlulah menggubah kedudukan layer copy tersebut dengan memindahkannya ke bawah layer teks original seperti gambar di bawah ini. Caranya ana tekan layer teks copy tadi dan tarik layer tersebut ke bawah layer yang original.




6. Pada Layer teks copy tadi anda perlu pergi pada bahagian Menu utama anda perlu memilih filter – blur – Gaussian Blur dan aturkan pada 4.0.

7. Manakala pada layer teks original anda perlu pergi ke bahagian yang sama seperti layer teks copy tadi filter – blur – Gaussian Blur dan aturkan pada 1.0.
Hasil sementara.




8. Pada layer teks original tadi anda perlu ke bahagian Menu seterusnya pilih Layer - Layer Style - Blending Options.



seterusnya pilih outer Glow dan aturkan seperti berikut,
Blend Mode: Color Dodge, Opacity: 50%, color: putih, Size: 18 pixels. Seperti gambar di bawah ini.


seterusnya pilih color overlay dan aturkan seperti berikut:
Blend Mode: Normal, Warna: Putih, Opacity: 100%



Hasil tutorial kita pada hari ini.



 anda bolehlah aturkan opacity teks mengikut citarasa anda.












Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Blockquote bergambar.

Comment Untuk Di Approve (Awaiting Moderation)