Teks Keemasaan


Hari ini saya akan kongsikan satu lagi tutorial Teks Keemasaan menggunakan Photoshop.

Langkah-Langkahnya:

1. Buka Program Photoshop dan pada Menu Utama pilih bahagian File – New. Aturkan size dengan ukuran 400 x 160 pixel.

2. Lepas itu tekan kekunci “T” dan seterusnya taipkan ayat pilihan anda, di sini saya akan menggunakan ayat seperti “SHARING” dengan aturan parameter teks seperti berikut:
Times New Roman, Bold, ukuran: 50pt, Warna: #885f18.





Hasilnya akan jadi seperti gambar di atas ini

3. Selepas itu anda perlulah pergi pada bahagian Blending Options kalau tidak tahu di mana Blending Options. Anda perlu pergi ke bahagian Menu Utama dan pilih bahagian layer – layer style – blending options atau pun pergi sahaja di sebelah kanan bahagian Pallete seperti gambar di bawah ini.


 


 4. Di dalam Blending Options, pilih bahagian Drop Shadow dan aturkan seperti berikut:
Blend Mode : Multiply, Color : Black, Opacity : 95%, Angle : 120°, centangkan bahagian use global, distance : 0, Spread : 30, size : 10 dan seterusnya anda boleh rujuk pada gambar di bawah.





5. Blending Mode Options dan pilih bahagian Inner Shadow dan aturkannya seperti berikut:
Blend Mode: Overlay, Color: White, Opacity: 50%, Angle: 120°, centangkan bahagian global light, Distance: 1 pixel, Choke: 0, Size: 0 dan seterusnya rujuk pada gambar di bawah.



6. Blending Mode Option Lagi dan Pilih Bahagian Inner Glow dan aturkannya seperti berikut:
Pada Bahagian Structure – Blend Mode: Overlay, Opacity: 15%, Noise: 20%, Color: White, technique: softer, source: edge, choke: 0%, size: 5% dan seterusnya bolehlah dirujuk pada gambar dibawah ini.



7. Blending Options seterusnya pilih bahagian Bevel and Emboss dan centangkan kotak texture terlebih dahulu ya dan barulah anda boleh aturkan efeknya seperti berikut:
Style: inner bevel, Technique: Chisel Hard, Depth: 400%, Direction: up, Size:3, Soften:0, Angle: 120°, centangkan Use global light, Altitude: 30°, Highlight Overlay Warna Putih dan aturkan Opacitynya sebanyak 75% dan seterusnya Shadow Mode: Soft light warnakan dengan warna hitam dan Opacity sebanyak 55%. Anda aturkan seperti gambar di bawah ini.




8.  Blending Mode seterusnya pilih bahagian Gradient Overlay dan aturkannya seperti berikut: Blend Mode: Overlay, Opacity: 50%, Centang kotak bernama Reverse, Style: Reflected dan centangkan align with Layer, Angle: 90° dan Scale: 140%. Anda aturlah seperti gambar di bawah ini.



9. Masih lagi didalam tetingkap Blending Options, anda pilih bahagian Pattern Overlay dan aturkannya seperti berikut: Blend Mode: Overlay, Opacity: 40%, Pattern gunalah Rock Pattern untuk hasil kerja yang lebih memuaskan tapi disini saya menggunakan Gray Granite Pattern kerana saya tak ada Rock Pattern.



10. Setelah itu tekanlah Ok maka inilah hasil tutorial kita pada hari ini iaitu cara membuat Teks Keemasaan menggunakan Photoshop.

Kalau nak lebih cantik lagi maka anda perlulah tukar background Teks tersebut seperti gambar di bawah ini.













No comments:

Post a Comment