Teks Lampu Neon


Sekarang pula saya akan kongsikan Tutorial Teks Juga tapi menggunakan effect Lampu Neon.

Berikut Tutorial / Langkah - langkahnya:

1.  Mula – mula buka program Photoshop.

2. Setelah itu tekan CTRL+N dan akan keluar tetingkap yang bernama “New” seterusnya aturkan width: 400 pixels dan Height 400 pixels seterusnya tekan ok.

Setelah itu tekan F dan pilih warna hitam dan warnakan background anda dengan warna hitam. Bagi yang tak tau macam mana nak letakkan warna tersebut. Caranya setelah anda pilih warna hitam untuk background anda seterusnya anda hendaklah alihkan tetikus anda pada canvas yang berwarna putih tersebut dan klik pada canvas tersebut maka bertukarlah warna background anda. Rujuk gambar di bawah.



Pastikan warna tersebut sama seperti warna pada gambar di atas.

3. setelah itu tekan “T” dan buatlah ayat yang anda suka, disini saya akan menggunakan ayat “LOVING 2015”



saya menggunakan teks “batman” berukuran 50pt, Bold dan warna putih.

4. Tekan CRTL + J untuk copy teks tersebut

5. Masih lagi pada teks layer yang dicopy tadi, seterusnya pilih layer pada menu utama  Layer -  Layer Style - Gradien Overlay. Aturkan seperti gambar di bawah ini.



untuk warna gradient saya gunakan warna seperti  Merah, Kuning, Hijau, Biru dan Ungu.



6. Lepas itu, anda perlulah menggubah kedudukan layer copy tersebut dengan memindahkannya ke bawah layer teks original seperti gambar di bawah ini. Caranya ana tekan layer teks copy tadi dan tarik layer tersebut ke bawah layer yang original.




6. Pada Layer teks copy tadi anda perlu pergi pada bahagian Menu utama anda perlu memilih filter – blur – Gaussian Blur dan aturkan pada 4.0.

7. Manakala pada layer teks original anda perlu pergi ke bahagian yang sama seperti layer teks copy tadi filter – blur – Gaussian Blur dan aturkan pada 1.0.
Hasil sementara.




8. Pada layer teks original tadi anda perlu ke bahagian Menu seterusnya pilih Layer - Layer Style - Blending Options.



seterusnya pilih outer Glow dan aturkan seperti berikut,
Blend Mode: Color Dodge, Opacity: 50%, color: putih, Size: 18 pixels. Seperti gambar di bawah ini.


seterusnya pilih color overlay dan aturkan seperti berikut:
Blend Mode: Normal, Warna: Putih, Opacity: 100%



Hasil tutorial kita pada hari ini.



 anda bolehlah aturkan opacity teks mengikut citarasa anda.












Teks Keemasaan


Hari ini saya akan kongsikan satu lagi tutorial Teks Keemasaan menggunakan Photoshop.

Langkah-Langkahnya:

1. Buka Program Photoshop dan pada Menu Utama pilih bahagian File – New. Aturkan size dengan ukuran 400 x 160 pixel.

2. Lepas itu tekan kekunci “T” dan seterusnya taipkan ayat pilihan anda, di sini saya akan menggunakan ayat seperti “SHARING” dengan aturan parameter teks seperti berikut:
Times New Roman, Bold, ukuran: 50pt, Warna: #885f18.





Hasilnya akan jadi seperti gambar di atas ini

3. Selepas itu anda perlulah pergi pada bahagian Blending Options kalau tidak tahu di mana Blending Options. Anda perlu pergi ke bahagian Menu Utama dan pilih bahagian layer – layer style – blending options atau pun pergi sahaja di sebelah kanan bahagian Pallete seperti gambar di bawah ini.


 


 4. Di dalam Blending Options, pilih bahagian Drop Shadow dan aturkan seperti berikut:
Blend Mode : Multiply, Color : Black, Opacity : 95%, Angle : 120°, centangkan bahagian use global, distance : 0, Spread : 30, size : 10 dan seterusnya anda boleh rujuk pada gambar di bawah.





5. Blending Mode Options dan pilih bahagian Inner Shadow dan aturkannya seperti berikut:
Blend Mode: Overlay, Color: White, Opacity: 50%, Angle: 120°, centangkan bahagian global light, Distance: 1 pixel, Choke: 0, Size: 0 dan seterusnya rujuk pada gambar di bawah.



6. Blending Mode Option Lagi dan Pilih Bahagian Inner Glow dan aturkannya seperti berikut:
Pada Bahagian Structure – Blend Mode: Overlay, Opacity: 15%, Noise: 20%, Color: White, technique: softer, source: edge, choke: 0%, size: 5% dan seterusnya bolehlah dirujuk pada gambar dibawah ini.



7. Blending Options seterusnya pilih bahagian Bevel and Emboss dan centangkan kotak texture terlebih dahulu ya dan barulah anda boleh aturkan efeknya seperti berikut:
Style: inner bevel, Technique: Chisel Hard, Depth: 400%, Direction: up, Size:3, Soften:0, Angle: 120°, centangkan Use global light, Altitude: 30°, Highlight Overlay Warna Putih dan aturkan Opacitynya sebanyak 75% dan seterusnya Shadow Mode: Soft light warnakan dengan warna hitam dan Opacity sebanyak 55%. Anda aturkan seperti gambar di bawah ini.




8.  Blending Mode seterusnya pilih bahagian Gradient Overlay dan aturkannya seperti berikut: Blend Mode: Overlay, Opacity: 50%, Centang kotak bernama Reverse, Style: Reflected dan centangkan align with Layer, Angle: 90° dan Scale: 140%. Anda aturlah seperti gambar di bawah ini.



9. Masih lagi didalam tetingkap Blending Options, anda pilih bahagian Pattern Overlay dan aturkannya seperti berikut: Blend Mode: Overlay, Opacity: 40%, Pattern gunalah Rock Pattern untuk hasil kerja yang lebih memuaskan tapi disini saya menggunakan Gray Granite Pattern kerana saya tak ada Rock Pattern.



10. Setelah itu tekanlah Ok maka inilah hasil tutorial kita pada hari ini iaitu cara membuat Teks Keemasaan menggunakan Photoshop.

Kalau nak lebih cantik lagi maka anda perlulah tukar background Teks tersebut seperti gambar di bawah ini.













3D Teks Blue Art


Hari ini saya akan berkongsi tutorial macam mana nak buat 3D teks blue art menggunakan Adobe

Photoshop.

Langkah – langkahnya adalah seperti berikut:

1. Buka Program Photoshop lepas itu pergi menu dan klik file seterusnya New.



Setting Ukuran Canvas

2. Gandakan layer iaitu pergi pada Menu – Layer – Duplicate Layer. Lepas tu pergi balik ke

bahagian Menu – Layer – Layer Style – Blending Options.

3. Lepas tetingkap (window) dari Blending Option muncul maka anda perlulah centang dan pilih

Color Overlay merujuk pada gambar di bawah ini.





4. Setelah itu jangan tekan butang ok terlebih dahulu, pergi bahagian gradien overlay dan aturkan

        settingnya mengikut gambar di bawah.




        Sekarang barulah anda perlu tekan butang ok.


Hasil sementara





Kemudian tekan T dan setelah itu anda perlu tekan butang character seperti gambar di bawah.




Aturkan mengikut seperti gambar di atas dan setelah itu anda bolehlah taipkan nama yang anda suka

namun di dalam tutorial ini saya akan menaip ayat “design”, dan hasilnya adalah seperti ini.




Langkah seterusnya adalah untuk memberikan effect pada ayat ini.

Pergi ke bahagian Menu Utama – layer – layer style – blending options kemudian pilih inner shadow

dan centang. Setelah itu anda perlulah mengikut aturan seperti gambar di bawah ini.



Setelah ini anda perlu pilih bevel and emboss dan centangkan (masih lagi dalam window blending

options) setelah itu aturkan merujuk pada gambar di bawah.




Setelah itu pilih lagi gradien overlay dan centangkan. Aturkan mengikut gambar di bawah.






Setelah itu pilih bahagian stroke dan centangkan. Aturkan mengikut gambar di bawah.




Hasil kedua sementara




Klik kanan Layer Pallete dengan tulisan design dan kemudian pilih Wrap Text





Seterusnya, Aturkan mengikut gambar di atas ini.

Hasil ketiga sementara



Kemudian pergi ke Menu Utama dan pilih Layer – Duplicate Layer

Kemudian Klik kanan Layer copy tersebut maka akan muncul tetingkap  dan pilih clear layer style




Edit Text Tool dan ubah warna dari teks Layer Copy menjadi Warna 072873

Setelah itu tekan dan tahan butang ALT + arah panah kiri 3 kali dan arah panah bawah 3 kali.

Kemudian pindahkan layer bernama Design ke urutan layer yang paling atas seperti gambar di

bawah.




Hasil sementara keempat




Pada layer copy design 6, pilih bahagian Layer – Layer style – Blending Options – Drop Shadow

seperti gambar di bawah dan ikutlah aturannya.





Inilah dia hasil Tutorial Tadi